Thursday, December 23, 2010

-BAKTISISWA PERDANA SRN-

Assalamulaikum ...salam perpaduan & Salam 1 Malaysia....

Baru2 ini SRNKUIS telah m'hantar seramai 18 orang ahli SRN termasuk beberapa org dari majlis tertinggi untuk mnyertai "Program Baktisiswa Perdana SRN" yang mana Universiti Pendidikan Sultan Idris @ UPSI telah me
njadi tuan rumah pada kali ini yang
mungkin pada pertama kalinya.
Bertujuan untuk menyemai semangat perpaduan dikalangan maha
siswa,program yang berjalan selama lebih kurang seminggu itu menyediakan pelbagai aktviti yang menjadi platform untuk mnyemai semangat perpaduan dikalangan mahasiswa.
Hari Pertama dijalankan sesi ice-breaking & explorace manakala pada hari ke3 mengambil tempat diKampung Titi Gantung & Sepakat Jaya ,Bota,Perak dengan majlis penyerahan anak angkat dikalangan penduduk kampung yang terlibat & seterusnya dijalankan beberapa aktiviti yang menarik seperti pameran dari beberapa agnesi kerajaan & bukan kerajaan spt Agensi Dadah Kebangsaan & Polis Diraja Malaysia.Terlibat juga aktiviti merewang dik
alangan mahasiswa dan penduduk kampung serta aktiviti sukaneka @ sukan rakyat.

Diakhiri dengan makan malam beserta dengan majlis penutupan Program Baktisiswa Perdana di Dewan Felda Trolak,Perak.

Semoga program ini tercapai objektifnya dan diteruskan lagi pada masa akan dtg..i'Allah..

Monday, December 6, 2010

-SALAM MAAL HIJRAH !!-

Seringkali kita melaungkan "salam 1 Malaysia..."..apa salahnya kali ni kita martabatkan "SALAM MAAL HIJRAH "...=)
Bersempena dengan sambutan Maall Hijrah kali ini,tahun 2o11...SRN KUIS mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH ....Semoga amalan kita sentiasa bertambah seiring dengan bertambahnya umur kita..i'Allah...

"Perkara yang paling aku takuti apabila tibanya tahun baru adalah dimana umurku bertambah tapi amalanku sebaliknya"
-Ibnu Mas'ud-

DOA AKHIR TAHUN (Dibaca pada waktu Asar)


maka akan berkatalah syaitan :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”



DOA AWAL TAHUN (Dibaca pada waktu Maghrib)


maka akan berkatalah syaitan :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

-SALAM MAAL HIJRAH =) -

Friday, August 13, 2010

~ SALAM RAMADHAN KAREEM ~


Salam perpaduan dan terutama sekali salam RAMADHAN untuk semua Sekretariat2 Rukun Negara IPT & seluruh umat Islam .............
“ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah :183)



KHAS DARI :
MAJLIS TERTINGGI
SEKRETARIAT RUKUN NEGARA KUIS

Saturday, July 3, 2010

Pameran SRNKUIS "Campus Life Arena"

Berikutan dengan hari pelancaran Campus Life Arena juga,kami telah mngambili peluang ini unutk memperkenalkan SRN di KUIS kepada orang ramai terutamanya pelajar KUIS sendiri tentang perikepentingan dalam perpaduan dan gagasan 1 Malaysia itu sendiri dan pada masa yang sama kami juga secara automatik telah melancarkan SRN di KUIS dan memperkenalkan logo kami .Timbalan Rektor KUIS ,Encik Mohd Khairi juga telah mengadakan lawatan ke gerai kami dan telah mendapat sokongan daripada beliau untuk menjayakan dan memantapkan lagi sekretariat ini di KUIS .Pameran ini telah diadakan dengan jayanya mengikut ketetapan berikut :

CAMPUS LIFE ARENA 2010
“PAMERAN SRN KUIS “
14/15 & 16 JANUARI 2010

Campus Life Arena

Baru2 ini SRN KUIS telah bekerjasama dengan Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIS (MPM KUIS) untuk melancarkan satu program peringkat kampus iaitu “Campus Life Arena II” seperti ketetapan berikut :

FORUM KEMBARA ILMU I

” KEPIMPINAN DARI SEORANG TOKOH WANITA “

YB NURUL IZZAH BT ANWAR

8 JANUARI 2010

2.30 – 5.30 PTG

PUSAT KONVENSYEN KUIS

Forum ini berjaya dilancarkan dan mendapat sambutan yang agak memberansangkan daripada semua pelajar….
Aktiviti juga merupakan keberhasilan salah satu daripada rancangan sepanjang tahun kami iaitu ” Ilmuan Intelek “.
Kami amat berharap agar program sebegini berterusan dalam memberi input kepada semua pelajar terutamanya.


Rancangan Tahunan

Sekretariat Rukun Negara KUIS telah bersepakat membincangkan bermula dari awal tahun dan juga semasa di Kolokium Sekretariat Rukun Negara di Tiara Beach Resort baru2 ini untuk melancarkan dan melaksanakan aktiviti yang diracangkan seperti berikut :

1) Sambutan Mega Merdeka
2) Program “Jelajah Desa”
3) Rafting
4) Mentor – mentee
5) Program “Kitar Semula”
6) Edaran risalah & buletin
7) Ilmuan Intelek
8 ) Hari Terbuka Rukun Negara

Ini adalah diantara aktiviti sepanjang tahun yang telah dirancang …Berikutnya pula adalah “Projek Mega Kuis ” seperti yang telah diusulkan semasa di Kolokium SRN lepas di Port Dickson.

Kami telah merancang satu projek mega yang kebarangkalian melibatkan seluruh ahli SRN disetiap IPT .Projek tersebut ialah ” “Festival Makanan Negeri ” yang mungkin akan diadakan pada tahun 2010 ini setelah mendapatkan kelulusan dari pihak tertentu.

Majlis Tertinggi Sekretariat Rukun Negara KUIS

PENAUNG

YAB. Dato` Haji Adanan Bin Isman

PENASIHAT

Puan Fauziah Binti Ariyon

PENGERUSI

Mohammad Shamim Bin Mohamad Shakir

TIMBALAN PENGERUSI I

Muhammad Syamir Bin Abu Hasan

TIMBALAN PENGERUSI II

Nurul ‘Iffah binti Hassan

SETIAUSAHA

Muhammad Syafiq Yadiy Bin Hasnol Yadi

TIMBALAN SETIAUSAHA

BENDAHARI

Nurhidayati Binti Hamzah

TIMBALAN BENDAHARI

Muhamad Mustaqim Bin Mohamad Salleh

5 Prinsip Rukun Negara

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :

  • mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
  • memelihara satu cara hidup demokratik ;
  • mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
  • menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan
  • membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Latar Belakang SRN KUIS

Sekretariat Rukun Negara ialah sebuah persatuan atau kelab yang masih baru di KUIS.Mula ditubuhkan dengan rasminya pada akhir bulan 12.Seramai lebih kurang 9 orang ahli jawatankuasa atau pelajar dihantar menghadiri Konvenyen yang pertama kali diadakan di A’Famosa Resort yang telah menjadi tempat titik tolaknya perasmian secara rasmi penubuhan Sekretariat Rukun Negara dibeberapa IPT yang terpilih dan KUIS adalah salah satu darinya.

Dengan berteraskan 5 prinsip Rukun Negara ,Sekretariat Rukun Negara yang bernaung dibawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dengan tema “Rukun Negara Teras Perpaduan Nasional “, mengharapkan agar dapat memahami dengan sebenar-benarnya konsep rukun negara tersebuti iatu seperti :

  • Menjadi mekanisme kepada Kerajaan di peringkat IPT dalam memperkaya pengetahuan, pemahaman, penghayatan, penilaian dan pengamalan mahasiswa terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara.
  • Menjadikan Sekretariat Rukun Negara sebagai `platform’ berkesan untuk menyemai dan memperkukuhkan semangat patriotisme di kalangan mahasiswa.
  • Meningkatkan kesedaran khususnya di kalangan mahasiswa untuk mempraktikkan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian ke arah melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, setia, bersepadu, berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan negara.
  • Mewujudkan negara bangsa yang mampu bersaing dan berdiri sama tinggi di persada dunia.

beserta dengan misi dan visi negara serta harapan Perdana Menteri Maaysia,Datuk Seri Najib untuk membudayakan dan menerapkan tema yang dibawa beliau iaitu seperti yang diketahui umum kini, “1 Malaysia”

InsyaAllah………