Monday, June 20, 2011

HIMPUNAN SEJUTA BELIA


27-29 Mei 2o11

Himpunan Sejuta Belia 2o11 telah diadakan bertempat di Putrajaya dan dirasmikan serta dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ,Dato' Seri Najib Tun Razak bertarikh 28/5/2011 pd jam 4.3o ptg di Pentas Utama, Simpang Empat Jalan Kemerdekaan, Persiaran Perdana, Presint 3 dengan sasaran menghimpunkan sejuta belia pada hari tersebut.

Dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang disediakan selama 3 hari tersebut,ahli-ahli Sekretariat Rukun Negara dari setiap IPT termasuk SRN KUIS ,turut mengambil bahagian dalam "MAJLIS DIALoG SEKRETARIAT RUKUN NEGARA " bersama Yb Tan Sri Koh Tsu Koon (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) serta dalam aktiviti-aktiviti & pameran yang disediakan.Antara aktiviti yang disediakan ialah acara sukan yang didatangkan dari Jepun iaitu Sasuke,Peraduan Fotografi & Video Sempena HBN 2011,Karnival Skills Malaysia,pameran2 daripada Agensi Anti Dadah ,Aman Palestin,Polis Diraja Malaysia,Youth Job Fair dan bermacam2 lagi.