Wednesday, July 20, 2011

-SEMINAR KERTAS KERJA-



Baru-baru ini bertarikh 15 Julai 2o11 telah diadakan "Seminar Pengurusan Kertas Kerja SRN KUIS" bertempat di Bilik Gerakan Mahasiswa KUIS (BGM KUIS) yang melibatkan barisan-barisan Majlis Tertinggi, exco-exco & peserta lain yang turut terlibat dalam menghadiri seminar tersebut.

Seminar pengurusan kertas kerja ini merupakan salah satu langkah yang diambil bertujuan untuk memantapkan lagi pengurusan bagi sesuatu persatuan terutama SRN KUIS sendiri.


Pihak SRN KUIS telah menjemput saudari Fatimah Az-Zahra Mohamad Azmi,pelajar KUIS sendiri ,sebagai seorang yang telah berpengalaman dalam beberapa persatuan dan mengetahui selok belok persatuan untuk memberikan seminar yang dijalankan.


Diharapkan agar seminar ini dapat membantu pihak Majlis Tertinggi , exco-exco & ahli yang lain dalam memantapkan lagi pengurusan dalam sesuatu organisasi.


"PERPADUAN PEMANGKIN MAHASISWA GEMILANG"

Sunday, July 17, 2011

-SALAM NISFU SYAABAN-


Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).”
[Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar & lain-lain].

Antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, ahad malam), Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x, Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, ahad malam)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik.

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Ahad)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya ParaMalaikat
12. Malam Penghidupan


Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam

Akhir sekali ...................

"SALAM NISFU SYAABAN DARIPADA SEKRETARIAT RUKUN NEGARA KUIS"

-MALAM PENGENALAN SRNKUIS-


Salam perpaduan & salam sejahtera....

"Malam Pengenalan Sekretariat Rukun Negara KUIS"
14 Julai 2o11
Auditorium Akademi Islam

Pada 14 Julai yang lalu ,telah diadakan buat pertama kalinya,& secara rasminya majlis "Malam Pengenalan SRNKUIS" yang turut dihadiri oleh mantan Penasihat SRNKUIS,Puan Fauziah Ariyon & penasihat yang baru iaitu Puan Raja Nor Asyikin serta beberapa tetamu lain seperti Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) & beberapa tetamu dari persatuan-persatuan yang lain.

Majlis pada malam itu turut menjemput tetamu VIP terhormat ,Encik Gandesan a/l Letchumanan iaitu Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) sebagai perasmi bagi Sekretariat Rukun Negara dan turut memeriahkan sesi penyerahan & pelantikan baru Penasihat Sekretariat Rukun Negara KUIS.

Objektif "Malam Pengenalan SRNKUIS" tersebut adalah untuk memperkenalkan SRN kepada semua mahasiswa mahasiswi KUIS serta memartabatkan moto SRNKUIS itu sendiri ,"Perpaduan Pemangkin Mahasiswa Gemilang".

Antara yang menarik pada malam tersebut adalah Persembahan montaj terbaru Majlis Tertinggi & Exco-exco baru SRNKUIS dan gimik penyerahan jawatan kepada penasihat yang baru.


* montaj Majlis Tertinggi SRN & Exco2

* hadirin menyaksikan tayangan montaj

* gimik perasmian

* pelantikan penasihat baru,Puan Raja Nor Asyikin

* simbolik penyerahan jawatan

Majlis pada malam itu diharap dapat memberi pendedahan kepada semua mahasisiwa dan mahasisiwi KUIS tentang peri pentingnya perpaduan dikalangan mahasiswa walaupun KUIS bukanlah satu institusi yang mempunyai berbilang kaum tetapi perpaduan tersebut dapat diterapkan dalam setiap aspek ,terutama apabila melangkah kealam pekerjaan.


Akhir sekali,setinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat samada secara lansung & tidak lansung dalam menjayakan majlis pada malam tersebut.
"PERPADUAN PEMANGKIN MAHASISWA
GEMILANG"




* barisan-barisan tenaga kerja yang terlibat menjayakan "Malam Pengenalan SRNKUIS"

SEKIAN, TERIMA KASIH ^_^