Wednesday, May 18, 2011

-SURVIVAL LAUT PULAU BIDONG-

5-7 April 2o11...

SRN UMT telah menganjurkan "Kem Pemantapan Kendiri & Kepimpinan SRN ( Survival Laut )" di Pulau Bidong,Kuala Terengganu selama 3 hari 2 malam dengan pelbagai aktiviti laut yang menarik diantaranya snorkelling ,memancing dll..Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Perpaduan & Integrasi Nasional (JPNIN) Putrajaya dan telah disertai kira2 1o buah IPTA / IPTS seluruh Malaysia seperti Unisza , U
niversiti Teknol
ogi Petronas,Universiti Sains Malaysia ,Kuis sendiri & beberapa lagi IPTA & IPTS yang lain .
Berobjektif mnyemai semangat perpaduan & menaiktarafkan lagi kepimpinan SRN pd msa akan datang,program ini akhirnya dapat dijalankan dengan jayanya dengan kerjasama dari pihak2 yang tertentu yang terlibat.
Diharapkan program2 sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dalam menjayakan objektif pihak JPNIN sendiri...
5/4/2o11
Peserta berkumpul dan menaiki bas yang disediakan pihak UMT ke jeti Merang untuk menempuh perjalanan lebih kurang 45 minit ke Pulau Bidong.Setelah sampai, taklimat diberi mngenai segala aktiviti yang bakal dijalankan seperti aktiviti air pd keesokan harinya & taklimat mngenai keselamatan serta sesi "ice breaking" yang bakal dijalankan pada hari tersebut & peserta diminta memasang khemah masing2.

Sesi Ice breaking : Setiap peserta membentuk kumpulan LDK & diminta untuk membina 'pokok kepimpinan' & membentangkan kepada yang lain.Pada malamnya diadakan briefing mngenai aktiviti air yang bakal dijalankan pada keesokannnya....


6/4/2o11

Keesokannya peserta bersarapan & diadakan sesi senamrobik .Setelah itu,setiap kumpulan dibahagikan dengan aktiviti masing-masing bermula dari pagi sehingga petang dengan aktiviti air seperti ‘water confident’ , snorkelling,memancing & jungle trekking dimana peserta dibawa masuk kedalam hutan pulau dimana dahulunya Pulau Bidong dikenali sebagai ‘Pulau Orang Hanyut’.Menurut sejarah,pulau ini pernah didiami oleh penduduk Vietnam yang datang menyelamatkan diri kepulau ini dari peperangan pada 30 tahun yang lampau.Kami berpeluang melihat sejarah tapak peninggalan seperti kubur & tempat ibadat orang Vietnam yang pernah ‘hanyut’ dipulau Bidong.

Malamnya ,aktiviti ‘Malam Kebudayaan’ & BBQ berjalan..




7/4/2o11

Majlis Perasmian ‘Kem Pemantapan Kendiri & Kepimpinan SRN’ mengambil tempat & dirasmikan oleh Ketua Pengarah JPNIN Putrajaya.Kemudian diadakan sesi upacara penyampain hadiah bagi setiap kumpulan bagi kategori yang dimenangi masing-masing.Setelah itu,diadakan sesi bergambar bersama Ketua Pengarah & antara kumpulan2 .
Makan tengahari pula mengambil tempat & peserta mula bertolak ke Jeti Merang untuk pulang ke universiti & kolej masing-masing.

No comments:

Post a Comment