Saturday, July 3, 2010

Pameran SRNKUIS "Campus Life Arena"

Berikutan dengan hari pelancaran Campus Life Arena juga,kami telah mngambili peluang ini unutk memperkenalkan SRN di KUIS kepada orang ramai terutamanya pelajar KUIS sendiri tentang perikepentingan dalam perpaduan dan gagasan 1 Malaysia itu sendiri dan pada masa yang sama kami juga secara automatik telah melancarkan SRN di KUIS dan memperkenalkan logo kami .Timbalan Rektor KUIS ,Encik Mohd Khairi juga telah mengadakan lawatan ke gerai kami dan telah mendapat sokongan daripada beliau untuk menjayakan dan memantapkan lagi sekretariat ini di KUIS .Pameran ini telah diadakan dengan jayanya mengikut ketetapan berikut :

CAMPUS LIFE ARENA 2010
“PAMERAN SRN KUIS “
14/15 & 16 JANUARI 2010

Campus Life Arena

Baru2 ini SRN KUIS telah bekerjasama dengan Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIS (MPM KUIS) untuk melancarkan satu program peringkat kampus iaitu “Campus Life Arena II” seperti ketetapan berikut :

FORUM KEMBARA ILMU I

” KEPIMPINAN DARI SEORANG TOKOH WANITA “

YB NURUL IZZAH BT ANWAR

8 JANUARI 2010

2.30 – 5.30 PTG

PUSAT KONVENSYEN KUIS

Forum ini berjaya dilancarkan dan mendapat sambutan yang agak memberansangkan daripada semua pelajar….
Aktiviti juga merupakan keberhasilan salah satu daripada rancangan sepanjang tahun kami iaitu ” Ilmuan Intelek “.
Kami amat berharap agar program sebegini berterusan dalam memberi input kepada semua pelajar terutamanya.


Rancangan Tahunan

Sekretariat Rukun Negara KUIS telah bersepakat membincangkan bermula dari awal tahun dan juga semasa di Kolokium Sekretariat Rukun Negara di Tiara Beach Resort baru2 ini untuk melancarkan dan melaksanakan aktiviti yang diracangkan seperti berikut :

1) Sambutan Mega Merdeka
2) Program “Jelajah Desa”
3) Rafting
4) Mentor – mentee
5) Program “Kitar Semula”
6) Edaran risalah & buletin
7) Ilmuan Intelek
8 ) Hari Terbuka Rukun Negara

Ini adalah diantara aktiviti sepanjang tahun yang telah dirancang …Berikutnya pula adalah “Projek Mega Kuis ” seperti yang telah diusulkan semasa di Kolokium SRN lepas di Port Dickson.

Kami telah merancang satu projek mega yang kebarangkalian melibatkan seluruh ahli SRN disetiap IPT .Projek tersebut ialah ” “Festival Makanan Negeri ” yang mungkin akan diadakan pada tahun 2010 ini setelah mendapatkan kelulusan dari pihak tertentu.

Majlis Tertinggi Sekretariat Rukun Negara KUIS

PENAUNG

YAB. Dato` Haji Adanan Bin Isman

PENASIHAT

Puan Fauziah Binti Ariyon

PENGERUSI

Mohammad Shamim Bin Mohamad Shakir

TIMBALAN PENGERUSI I

Muhammad Syamir Bin Abu Hasan

TIMBALAN PENGERUSI II

Nurul ‘Iffah binti Hassan

SETIAUSAHA

Muhammad Syafiq Yadiy Bin Hasnol Yadi

TIMBALAN SETIAUSAHA

BENDAHARI

Nurhidayati Binti Hamzah

TIMBALAN BENDAHARI

Muhamad Mustaqim Bin Mohamad Salleh

5 Prinsip Rukun Negara

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :

  • mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
  • memelihara satu cara hidup demokratik ;
  • mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
  • menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan
  • membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Latar Belakang SRN KUIS

Sekretariat Rukun Negara ialah sebuah persatuan atau kelab yang masih baru di KUIS.Mula ditubuhkan dengan rasminya pada akhir bulan 12.Seramai lebih kurang 9 orang ahli jawatankuasa atau pelajar dihantar menghadiri Konvenyen yang pertama kali diadakan di A’Famosa Resort yang telah menjadi tempat titik tolaknya perasmian secara rasmi penubuhan Sekretariat Rukun Negara dibeberapa IPT yang terpilih dan KUIS adalah salah satu darinya.

Dengan berteraskan 5 prinsip Rukun Negara ,Sekretariat Rukun Negara yang bernaung dibawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dengan tema “Rukun Negara Teras Perpaduan Nasional “, mengharapkan agar dapat memahami dengan sebenar-benarnya konsep rukun negara tersebuti iatu seperti :

  • Menjadi mekanisme kepada Kerajaan di peringkat IPT dalam memperkaya pengetahuan, pemahaman, penghayatan, penilaian dan pengamalan mahasiswa terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara.
  • Menjadikan Sekretariat Rukun Negara sebagai `platform’ berkesan untuk menyemai dan memperkukuhkan semangat patriotisme di kalangan mahasiswa.
  • Meningkatkan kesedaran khususnya di kalangan mahasiswa untuk mempraktikkan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian ke arah melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, setia, bersepadu, berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan negara.
  • Mewujudkan negara bangsa yang mampu bersaing dan berdiri sama tinggi di persada dunia.

beserta dengan misi dan visi negara serta harapan Perdana Menteri Maaysia,Datuk Seri Najib untuk membudayakan dan menerapkan tema yang dibawa beliau iaitu seperti yang diketahui umum kini, “1 Malaysia”

InsyaAllah………