Saturday, July 3, 2010

Latar Belakang SRN KUIS

Sekretariat Rukun Negara ialah sebuah persatuan atau kelab yang masih baru di KUIS.Mula ditubuhkan dengan rasminya pada akhir bulan 12.Seramai lebih kurang 9 orang ahli jawatankuasa atau pelajar dihantar menghadiri Konvenyen yang pertama kali diadakan di A’Famosa Resort yang telah menjadi tempat titik tolaknya perasmian secara rasmi penubuhan Sekretariat Rukun Negara dibeberapa IPT yang terpilih dan KUIS adalah salah satu darinya.

Dengan berteraskan 5 prinsip Rukun Negara ,Sekretariat Rukun Negara yang bernaung dibawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dengan tema “Rukun Negara Teras Perpaduan Nasional “, mengharapkan agar dapat memahami dengan sebenar-benarnya konsep rukun negara tersebuti iatu seperti :

  • Menjadi mekanisme kepada Kerajaan di peringkat IPT dalam memperkaya pengetahuan, pemahaman, penghayatan, penilaian dan pengamalan mahasiswa terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara.
  • Menjadikan Sekretariat Rukun Negara sebagai `platform’ berkesan untuk menyemai dan memperkukuhkan semangat patriotisme di kalangan mahasiswa.
  • Meningkatkan kesedaran khususnya di kalangan mahasiswa untuk mempraktikkan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian ke arah melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, setia, bersepadu, berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan negara.
  • Mewujudkan negara bangsa yang mampu bersaing dan berdiri sama tinggi di persada dunia.

beserta dengan misi dan visi negara serta harapan Perdana Menteri Maaysia,Datuk Seri Najib untuk membudayakan dan menerapkan tema yang dibawa beliau iaitu seperti yang diketahui umum kini, “1 Malaysia”

InsyaAllah………

No comments:

Post a Comment