Friday, December 30, 2011

SISKOM SRN

Pada 15-18 Disember 2o11 yang lalu SRN KUIS telah dimeriahkan dengan kehadiran 12 IPT dari kalangan SRN (UPSI,UTP,UMT,KUIN,TAYLOR, dalam memeriahkan SISWA KOMUNITI MAHASISWA CAKNA 2 atau singkatannya SISKOM .SRN Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS) adalah IPT ke 2 selepas UPSI dalam menggalas tanggungjawab untuk mengendalikan aktiviti perdana sebegini yang mana ianya berbentuk kepada khidmat mahasiswa kepada masyarakat dan akan diambi alih pula selepas ini oleh IPT yang turut terlibat bersama SRN.
Berikut adalah antara ativiti yang telah dijalankan sepanjang program bermula 5 /12/2o11 bertempat di KUIS dan keesokannya aktiviti bermula di Taman Angsamas,Seremban.Berikut diantara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program 4 hari berlansung :

15/12/2o11 : Ketibaan peserta dari 12 IPT & Majlis Perasmian oleh Puan Norihan turut dihadiri oleh Puan Raja NorAsyikin serta Puan Nor Azila. Selepas perasmian diadakan sesi ice-breaking di dewan banquet KUIS.

16/12 /2o11 : Senamrobik "1 MALAYSIA" & "Explorace de KUIS" ...Sebelah petangnya jam 2.3o petang peserta bertolak ke Taman Angsamas & disambut oleh Kelab Rukun Tetangga Taman Angsamas .Setelah itu,Majlis penyerahan anak angkat mengambil tempat.Pada malamnya telah diadakan majlis bertandu oleh salah sebuah rumah pengantin ,khas untuk program SISKOM dimana peserta berpeluang untuk melihat sedikit sebanyak upacara perkahwinan mengikut adat Negeri Sembilan.

17/12/2o11 : Keesokan harinya , peserta SISKOM bersama penduduk kampung telah menjalankan aktviti merewang dirumah pengantin & bertindak sebagai 'penanggah' membantu kerja2 melancarkan majlis kenduri .Setelah itu ,persiapan malam kebudayaan & sukaneka 1 Malaysia mengambil tempat dimana beberapa aktiviti telah disusun pihak KRT sendiri seperti "tiup bola ping pong dalam air" , "kukur kelapa" & beberapa aktiviti bersama ibu bapa angkat bertempat di Dewan Orang ramai Taman Angsamas.

18 /12/2o11 : Peserta bersama dengan keluarga angkat sepanjang hari sebelum majlis Penyerahan Anak Angkat bermula pada jam 2.oo petang .
Majlis Bersurai....

Diharapkan aktiviti kemasyarakatan sebegini dapat diteruskan oleh SRN IPT akan datang dalam membentuk satu perpaduan yang erat diantara mahasiswa & masyarakat dalam merealisasikan Prinsip Rukun Negara ke 5 iaitu "Kesopanan & Kesusilaan" .
Jutaan terima kasih dari SRN KUIS kepada semua pihak yang terlibat secara lansung mahupun tidak lansung.Berjuta-juta kemaafan atas sebarang khilaf sepanjang program .
Sekian,terima kasih .

" Transformasi Masyarakat Perpaduan Dierat "

No comments:

Post a Comment