Thursday, December 29, 2011

Syurgamu Ramadhan



Pada Ramadhan yang lalu (2o11) SRNKUIS telah mengadakan satu program "Syurgamu Ramadhan" bersempena dengan kemuliaan bulan Ramadhan bersama anak2 yatim di Rumah Aml Limpahan Kasih ,Puchong.Program selama sehari tersebut telah diadakan beberapa aktiviti yang bersesuaian dengan bulan Ramadhan dan program ini telah bermula pada jam 2 pagi dimana semua AJK telah bertolak ke Rumah Amal Limpahan untuk persiapan tempat & bersahur dengan anak2 yatim disana.
Pada siangnya beberapa aktiviti bersesuaian telah dijalankan seperti sukaneka santai & persembahan nasyid dari anak-anak yatim.Setelah itu ,pada sebelah malamnya kami berbuka puasa bersama dengan anak yatim yang mana turut dimeriahkan lagi denga kehadiran Ex-officio SRN KUIS , Puan Hajja Jazhany.
Majlis dimeriahkan lagi pada malam tersebut dengan penyampaian hadiah dan sedikit ucapan daripada Ketua Rumah Amal Limpahan Kasih dan kata-kata aluan ucapan terima kasih daripada pihak KUIS,oleh Puan Raja Nor Asyikin Raja Ramli atas kesudian pihak Rumah Amal Limpahan Kasih menerima kami bagi mengadakan program tersebut. Majlis kemudian bersurai.

No comments:

Post a Comment